Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Keselamatan kanak-kanak diutamakan - PM

KUALA LUMPUR 4 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sentiasa meletakkan keutamaan terhadap keselamatan kanak-kanak di negara ini.

NAJIB RAZAK
NAJIB RAZAK

Menurut Perdana Menteri, perkara itu terbukti selepas Rang Undang-Undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 telah diluluskan Dewan Rakyat, hari ini.

“Alhamdulillah, Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 diluluskan Dewan Rakyat. Keselamatan anak-anak kita sentiasa jadi keutamaan,” katanya dalam Facebook beliau, hari ini.

Rang Undang-undang berkenaan diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat selepas dua hari dibahaskan.

Pelbagai isu berkaitan rang undang-undang itu hangat dibahaskan yang antaranya me­nyentuh perkara teknikal seperti umur, definisi mangsa, terma pornografi kanak-kanak, kete­rangan saksi dan kawasan kuasa pelaksanaannya.

Rang undang-undang tersebut yang bertujuan menangani kes membabitkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak di negara ini pernah disuarakan Perdana Menteri pada bulan lalu untuk menangani jenayah seksual kanak-kanak secara berkesan, komprehensif dan holistik ketika berucap dalam majlis perasmian Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!!!.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain