SALLEH SAID KERUAK

Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, jumlah itu bagaimanapun menurun sebanyak 52 peratus berbanding tahun sebelumnya berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia.

Kementerian itu dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai program dalam mendidik dan memupuk kesedaran masyarakat mengenai risiko ancaman siber termasuk penggodaman.

"Antaranya Safer Internet Day oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Klik Dengan Bijak oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), CyberSAFE oleh CyberSecurity Malaysia, dan program yang dianjurkan agensi lain," menurut kementerian itu.

Penjelasan itu bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) yang ingin tahu jumlah kerugian akibat aktiviti penggodaman dan langkah kementerian bagi menanganinya.

Menurut kementerian itu, pemantauan ke atas aktiviti penggodaman dan lain-lain jenis ancaman keselamatan rangkaian siber secara aktif dan bersepadu dilaksanakan pelbagai agensi yang diperkasakan melalui penubuhan NACSA di bawah seliaan Majlis Keselamatan Negara. - BERNAMA