Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kerjasama itu termasuk menjalankan kajian melibatkan golongan belia dalam masa terdekat.

"Selain itu, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) juga bersetuju memberi sokongan melalui Institut Kajian Khazanah (KRI) untuk mendalami permasalahan sosial di Malaysia," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE