Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin Tun Hussein

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, kerjasama itu dilaksanakan di bawah inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) antara ketiga-tiga negara berhubung isu-isu seperti maritim, keselamatan dan persempadanan.

Beliau menjelaskan, usaha ter­sebut dilaksanakan kerana menye­dari ancaman keselamatan di lautan tersebut tidak mampu ditangani oleh sesebuah negara sahaja.

“Bagi menjalinkan ker­jasama dan kesefa­haman di antara negara-negara ASEAN dalam menangani ancaman Daesh pula, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Institut Wasatiyyah Malaysia telah menganjurkan Persidangan Wasatiyyah ASEAN pada 22 hingga 24 Nov lalu.

“Dalam persidangan itu, ia turut dihadiri waki-wakil dari negara ASEAN dan pemerhati dari Arab Saudi. Hasilnya, pendekatan wasatiyyah yang dipelopori oleh Malaysia telah diakui sebagai salah satu kaedah bagi menangani gerakan ektremis dan salah faham terhadap Islam yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demi­kian ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Khairudin Samad berhubung langkah-langkah kementerian bagi mena­ngani ancaman keselamatan dari luar dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara, hari ini.