Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kerajaan tetap tidak iktiraf UEC

Sijil tersebut tidak boleh masuk universiti awam

KUALA LUMPUR 23 Mac - Kementerian Pendidikan Tinggi tetap dengan pendirian bahawa Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak boleh digunakan sebagai kelayakan ma­suk ke universiti awam.

IDRIS JUSOH

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sijil peperiksaan tersebut tidak boleh digunakan sebagai kelayakan masuk ke universiti awam termasuk Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) serta program universiti swasta yang difrancaiskan daripada universiti awam.

Beliau berkata, sijil UEC hanya diiktiraf sebagai kelayakan masuk ke universiti swasta.

“Hal ini ekoran kurikulum sijil UEC masih tidak selari de­ngan kurikulum kebangsaan se­perti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Idris walau bagaimanapun ber­kata, kementerian bersedia me­nimbangkan pengiktirafan UEC untuk tujuan kemasukan ke universiti awam sekiranya mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Antaranya, sistem penilaian UEC perlu dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan dan bukannya badan penilai sendiri selaras de­ngan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Selain itu, mata pelajaran Bahasa Melayu dalam UEC perlu setara dengan mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah liputan sejarah negara dalam kurikulum UEC perlu selari de­ngan sejarah negara,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain