Senator K. Bathmavathi berkata, sejak menggalas tugas sebagai Ahli Dewan Negara kira-kira lima tahun lalu, beliau telah mengemukakan lebih 200 soalan kepada pelbagai agensi kerajaan.

Namun, apa yang menyedihkan, katanya, hanya sedikit sahaja soalan yang dijawab.

“Saya rasa, sudah tiba masanya saya minta satu Jawatankuasa Pemilih Parlimen ditubuhkan bagi melihat dan mengkaji isu-isu yang dialami OKU.

“Saya telah berjumpa dengan menteri undang-undang dan beliau telah bersetuju dan saya akan buat persiapan wujudkan jawatankuasa berkenaan,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Negara, hari ini. - UTUSAN ONLINE