Setelah ditekan pelbagai pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili mahasiswa, kerajaan memutuskan supaya potongan gaji itu dibuat sebaik sahaja gaji peminjam mencecah RM2,000 sebulan ke atas, berbanding RM1,000 yang dibentangkan dalam Belanjawan 2019.

Pengumuman tersebut dilabelkan sebagai satu lagi tindakan flip-flop oleh kerajaan PH, namun

TEO NIE CHING
TEO NIE CHING 

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mempertahankan keputusan itu dengan menganggap kerajaan mende­ngar rintihan rakyat.

Pengumuman itu dibuat Nie Ching dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini ketika menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang bangun untuk bertanyakan soalan tambahan menyoal bagaimana kerajaan boleh menukar syarat tersebut dalam tempoh singkat sedangkan rak­yat selama ini dimomok dengan masalah kewangan negara.

“Sebelum ini kata tiada duit sehingga syarat diketatkan, tetapi kini had dinaikkan kepada RM2,000, bagaimana perkiraan dibuat. Apapun tekanan akan terus diberikan (kepada kerajaan),” katanya.

Nie Ching bagaima­napun berkata, sekiranya kewangan bertambah baik, kerajaan akan terus mempertimbangkan untuk melonggarkan lagi had gaji yang diberikan pengecualian.

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
TAJUDDIN ABDUL RAHMAN 

Katanya, kerajaan juga memutuskan pengecualian bayaran balik PTPTN bagi peminjam yang mendapat keputusan kelas pertama, turut diperluaskan kepada golongan isi rumah golongan pertengahan (M40), berbanding hanya isi rumah berpendapatan rendah (B40) sebelum ini.

Kesemua keputusan baharu itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 November lalu.