NASRUN MANSUR
NASRUN MANSUR

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Nasrun Mansur berkata, Vietnam selaku penanam lada terbesar dunia ketika ini melambakkan hasil tanaman itu di pasaran antarabangsa termasuk Malaysia sehingga menyebabkan pengimport membeli serta menjenamakannya dengan nama tempatan untuk dijual pada harga murah.

Jelasnya, hal itu menyebabkan lada tempatan kehilangan daya saing meskipun mempunyai yang kualiti lebih baik berbanding keluaran Vietnam.

"Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan para pengimport untuk meminta mereka mematuhi peraturan serta tidak menyalahgunakan jenama tempatan," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan bersedia menyalurkan subsidi berterusan kepada petani-petani lada tempatan bagi meningkatkan daya saing komoditi itu. - UTUSAN ONLINE