Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon berkata, perkara itu dicadangkan oleh Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) bagi menyatakan sokongan terhadap negara bergolak itu.

Katanya, beliau menyambut baik hasrat tersebut memandangkan kerajaan sentiasa prihatin terhadap isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia.

"Isu penindasan Palestin ini merupakan tanggungjawab setiap rakyat Malaysia, bukan sahaja isu Palestin tetapi sebarang isu penindasan di negara-negara lain juga diberi perhatian.

"Walaupun saya tidak boleh menubuhkan jawatankuasa tersebut secara langsung tetapi Malaysia sendiri merupakan sebahagian daripada Kesatuan Parlimen Antarabangsa (IPU) yang mana Israel juga merupakan ahli jadi dari situ kami boleh menyuarakan pandangan kami mengenai penindasan terhadap Palestin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat wakil-wakil PCOM di Bilik Kunjungan Hormat di Parlimen, di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE