logo agrobank
 

Institusi perbankan itu dicadangkan mengenakan kadar faedah yang lebih rendah.

Perkara itu disuarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang menegaskan, Agrobank perlu kembali kepada dasar terdahulu yang mengenakan wang perkhidmatan dalam kadar satu hingga dua peratus sahaja.

“Saya fikir untuk mengenakan faedah empat peratus tidak munasabah, ia patut kembali kepada wang perkhidmatan yang pernah kita perkenalkan dulu iaitu satu hingga dua peratus, hanya kos perkhidmatan kerana dana untuk membantu petani dan nelayan miskin tidak boleh dikenakan faedah seperti mana pengurusan.

“Walaupun faedah itu relatif lebih rendah, tetapi ia membebankan peminjam,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE