Jelasnya, usaha itu dilihat dapat mengurangkan bebanan kewangan Kerajaan Persekutuan yang terpaksa menyalurkan peruntukan untuk memperbaiki jalan-jalan raya di kedua-dua negeri tersebut.

“Saya tertarik dengan cetusan idea seorang menteri untuk membina kereta terbang. Saya fikir, jika kerajaan tidak mampu menyalurkan kewangan untuk membaik pulih dan membina jalan raya untuk Sabah dan Sarawak.

“Kalau tidak boleh membina jalan raya untuk Sabah dan Sarawak, saya rasa rakan-rakan sejawat juga bersetuju bahawa projek kereta terbang haruslah dimajukan untuk Sabah dan Sarawak dan boleh dibuat dengan menggunakan buluh agar ia ringan dan boleh terbang,” katanya sewatu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE