Bacaan dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan di bilik media bangunan Parlimen, Azalina berkata, pindaan itu dicadangkan setelah mengambil kira pandangan dan cadangan pelbagai pihak termasuk ahli-ahli Parlimen.

“Perkataan ‘diketahuinya’ dalam Fasal 4 bahagian ini dicadang untuk digantikan dengan perkataan ‘berniat jahat’ dan hukuman penjara yang diperuntukkan selama 10 tahun akan dikurangkan kepada enam tahun,” katanya.

Beliau menambah, cadangan pindaan di peringkat jawatankuasa itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. - UTUSAN ONLINE