Hilmi Yahya
Hilmi Yahya

Timbalan Men­teri­nya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, perkara itu merupakan antara cadangan terdapat dalam undang-undang baharu yang dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada tahun depan.

Kata beliau, semua cadangan itu telah diserahkan kepada pegawai undang-undang berkaitan untuk dikaji dan perbincangan telah diadakan dengan pihak berkepentingan.

“Malah, kami juga sedang mengkaji kaedah semasa pengiklanan syarikat rokok yang diletakkan di belakang kaunter premis terutamanya di premis makanan.

“Larangan ini (meletakkan rokok di belakang kaunter) diteliti sama ada sesuai atau tidak untuk dimasukkan dalam akta baharu,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang meminta kerajaan menyatakan langkah menangani perokok pasif.

Jelas Hilmi, pada ketika ini, kawalan hasil tembakau tertakluk di bawah Akta Kawalan Makanan 1983.

Selain itu, kata beliau, kerajaan ju­ga mempunyai ran­ca­ngan untuk menaikkan harga rokok pada masa akan datang sebagai antara langkah untuk mengurangkan tabiat merokok masyarakat.

“Sekarang rokok dijual pada harga RM17 sekotak dan sasaran adalah untuk menaikkannya kepada RM21.50 sekotak,” katanya.

Dalam pada itu, menjawab persoalan tambahan Nasruddin Hassan (Pas-Temerloh) yang meminta kerajaan menyatakan kejayaan Kempen Anti Mero­kok, Hilmi berkata, laporan kajian itu menunjukkan kadar penurunan yang tidak begitu ketara.

“Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi kebangsaan (NHMS) 2015 mendapati trend merokok dalam kalangan rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas adalah 24 peratus berbanding dapatan NHMS 2011 iaitu 24.6 peratus,” katanya.