YEO BEE YIN
YEO BEE YIN 

Empat projek berkenaan adalah Loji Jana Kuasa Gas berkapasiti 700MW oleh Malakoff Corporation Berhad dan Tenaga Nasional Berhad di Kapar, Selangor, Loji Jana Kuasa Gas berkapasiti 1,400MW oleh Aman Majestic Sdn. Bhd. dan Tenaga Nasional Berhad di Paka, Terengganu dan Loji Jana Kuasa Kitar Padu Gas berkapasiti 300MW oleh Sabah Development Energy (Sandakan) Sdn. Bhd. dan SM Hydro Energy Sdn. Bhd. di Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sandakan, Sabah.


Kuota tenaga solar sebanyak 400MW kepada Edra Power Holdings Sdn. Bhd. bagi pembangunan loji jana kuasa solar turut dibatalkan .


Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, pembatalan empat IPP itu akan mengoptimumkan bayaran kapasiti bekalan elektrik.
“Ini kerana kira-kira 30 peratus bil elektrik yang kita bayar hari ini adalah bagi bayaran kapasiti dan ia pula banyak bergantung kepada reserve margin bekalan elektrik dan terma-terma dalam perjanjian pembelian kuasa (PPA) dengan pihak IPP,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE