Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, kecekapan tadbir urus kementerian itu sangat penting kerana ia ekonomi negara bergantung kepada kementerian tersebut.

“Laporan cadangan yang telah disiapkan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merangkumi tiga perkara asas iaitu penambahbaikan institusi di bawah kerajaan dan tadbir urus, dasar yang lebih inklusif dan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta pembaharuan fiskal.

“Untuk penambah baikan tadbir urus, Kementerian Kewangan berada di tangga pertama dan ia paling penting sekali kerana kementerian inilah yang bertanggungjawab membawa pendapatan kepada negara, pastikan perbelanjaan tidak terlebih dan pastikan tiada rasuah berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE