S. SUBRAMANIAM
S. SUBRAMANIAM

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, bekalan vaksin rabies masih mencukupi dengan mempunyai simpanan kira-kira 6,000 unit lagi.

Justeru, beliau menggesa orang ramai agar tidak terpedaya dengan dakyah politik pembangkang yang cuba mewujudkan persepsi negatif mengenai usaha kerajaan dalam menangani wabak tersebut.

Daripada jumlah 8,000 vaksin, sebanyak 2,000 telah diberikan kepada mangsa penyakit tersebut dan baki tinggal kira-kira 6,000 lagi.

"Jadi, isu kekurangan bekalan vaksin sebenarnya tidak berbangkit. Semasa saya menjawab di Dewan Rakyat bahawa vaksin mencukupi, saya berkata berasaskan kepada fakta.

"Tuduhan mengatakan bahawa kita seolah-olah memberi maklumat yang salah adalah tidak betul. Pembangkang hanya mahu mengambil kesempatan untuk mempolitikkan isu ini,"katanya dalam sidang akhbar di bilik media, bangunan Parlimen, hari ini. UTUSAN ONLINE