Desakan itu disuarakan oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN - Pasir Salak) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menzahirkan rasa kecewa apabila subsidi baja padi dipotong sebanyak 50 peratus iaitu RM230 juta dalam Belanjawan 2019 sehingga menjejaskan 300,000 petani.

"Satu lagi insentif pengeluaran padi yang juga dipotong 50 peratus. Daripada RM560 juta, menjadi RM281 juta.

"Potongan kedua-dua bantuan ini hampir RM500 juta. Beri balik, kembalikan kepada petani," tegas beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. - UTUSAN ONLINE