Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kematian akibat denggi di Perak meningkat

Mah han g Soon menggulung perbahasan dalam sidang DUN Perak.
Mah Hang Soon menggulung perbahasan dalam sidang DUN Perak.

IPOH 11 April – Peningkatan kes dan kematian akibat denggi di negeri ini berbanding tahun lalu berpunca daripada perubahan yang berlaku dalam serotype virus denggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, pada tahun lalu, serotype denggi yang dominan di negeri ini adalah jenis DEN 1.

Menurutnya, namun pada akhir tahun serotype jenis DEN 3 mula meningkat dan serotype jenis itu dilihat lebih dominan berbanding yang lain pada tahun ini.

Hang Soon berkata, apabila per­ubahan tersebut berlaku, bilangan kes denggi akan mening­kat kerana populasi pada umumnya belum terdedah kepada serotype berkenaan malah tiada imuniti terhadapnya.

"Perubahan serotype ini didapati seiring dengan aliran peningkatan kes demam denggi yang dilaporkan di negeri ini sejak akhir tahun 2016.

"Perubahan yang berlaku juga menyebabkan kes-kes yang mengalami secondary dengue mempunyai reaksi sistem badan berlebih­an yang boleh membawa kepada renjatan pendarahan dan kegagal­an organ yang boleh membawa kepada kematian,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah perasmian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di sini hari ini.

Menurut Hang Soon, semua pesakit yang disyaki atau disahkan mengalami demam denggi perlu mendapatkan pemeriksaan dan pemantauan secara teliti dari­pada doktor.

"Semua pesakit yang mengalami tanda-tanda amaran penyakit denggi seperti kerap muntah, sakit perut, pening kepala atau rasa gelisah, pucat atau rasa sejuk bila kulit disentuh, sesak nafas, atau mengalami tanda-tanda pendarahan, dinasihatkan mendapatkan rawatan di hospital atau klinik dengan segera,''katanya.

Sementara itu, mengenai kempen 'Perak Yang Bersih' yang dilancarkan kerajaan negeri pada 31 Mac lalu, Hang Soon berharap ia menjadi satu platform baharu dalam menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan berisiko.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain