NUR JAZLAN MOHAMED

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed bagaima­napun berkata, meskipun agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempu­nyai maklumat risikan, perkara itu tidak boleh sesuka hati dikongsikan dengan orang ramai.

“Itu adalah rahsia kerajaan, kita tahulah ada perisik dan akan ambil tindakan tetapi tidak perlu dihebahkan.

“Kalau kata polis tidak tahu, takkan mereka boleh keluarkan notis merah polis antarabangsa (Interpol) untuk menahan empat warga Korea Uta­ra yang dikehendaki berhubung kes ter­sebut, mestilah tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V peringkat kementerian dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mahfuz ingin me­ngetahui mengenai tahap keselamatan negara khususnya membabitkan maklumat risikan agensi penguatkuasaan.

Menjawab celahan Tian Chua (PKR-Batu) berhubung perkara sama, Nur Jazlan menjelaskan, kerajaan sentiasa memantau pergerakan pihak atau individu yang boleh membawa ancaman kepada negara.