Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kas-kas tidak sebabkan khayal

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Tiada bukti saintifik menunjukkan kan­dungan dadah jenis morfin dalam kas-kas yang ditambah dalam makanan boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, ini kerana kandungan morfin itu adalah secara semula jadi dan rendah tetapi tidak mendatangkan kesan khayal atau ke­tagih kepada pengguna melalui pengambilan makanan.

Beliau menjelaskan, di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, penggunaan kas-kas adalah tidak dilarang.

“Kas-kas terkenal sebagai ra­muan makanan dan secara amnya pengguna di negara ini mengambil serbuk kas-kas me­lalui pengambilan nasi kandar dan kari selain digunakan dalam penyediaan kek,” katanya ketika menjawab soalan G. Manivanan (PKR-Kapar) berhubung penggunaan kas-kas pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain