Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, kajian itu telah dijalankan selama tiga bulan.

Katanya, tujuan kajian itu dijalankan adalah bagi mengkaji kelompongan dalam perundangan atau peraturan sedia ada yang merangkumi sektor awam dan swasta di seluruh negara.

“Kajian ini dijangka habis akhir Januari ini dan kita akan membentangkan penemuan sebelum gubal rang undang-undang. Kita sedar ia adalah keperluan segera. Nampak kes mula keluar dalam media. Kes di Hospital Sungai Buloh, ramai mangsa sudah berani ke hadapan untuk mengadu. Ini perkembangan positif dan lelaki pun boleh menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menggulung perbahasan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. -UTUSAN ONLINE