Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik berkata, penstrukturan itu tidak akan melibatkan penjawat awam yang telah menerima pencen serta tidak akan menjejaskan segala kemudahan dan faedah yang dinikmati oleh golongan itu selama ini.

“Kerajaan menanggung seramai 824,235 penerima pencen dengan jumlah tanggungan sebanyak RM24 bilion dari Januari hingga Oktober 2018.

MD. FARID MD. RAFIK
MD. FARID MD. RAFIK 

“Walaupun dengan kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini, kerajaan memberi jaminan segala bentuk penstrukturan dan kajian terhadap faedah persaraan dan skim pencen penjawat awam tidak akan memberi kesan kepada faedah persaraan dan kemudahan sedia ada,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang meminta kerajaan menyatakan sama ada bercadang untuk menstrukturkan semula skim pencen penjawat awam dan sekiranya dilaksa­nakan apakah asas untuk bertindak demikian.

Mengenai jangkaan tempoh kajian itu selesai, Md. Farid berkata, kajian penstrukturan skim penjawat awam dilaksanakan bersama kajian memperkasakan perkhidmatan awam.

Jelas beliau, kajian ber­kenaan dijangka mengambil masa selama dua tahun bermula 2019.