Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, menerusi kaedah itu, tiada alasan boleh diberikan pengendali pakej untuk mengabaikan para jemaah kerana IMAMS telah diselaraskan dengan jaminan jemaah telah memiliki visa, tiket penerbangan pergi dan balik serta penempatan di Tanah Suci.

"Masalah kelewatan visa adalah sebab yang sering dimaklumkan oleh pengendali pakej apabila berlaku situasi jemaah terkandas.

Menerusi IMAMS, pemantauan komprehensif mampu dibuat dan bakal jemaah ke Tanah Suci akan dilindungi sepenuhnya daripada menjadi mangsa ketamakan pengendali pakej berkenaan," katanya sewaktu menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan mengkaji dan mengambil kira pelbagai aspek menerusi IMAMS supaya masalah penipuan dan manipulasi pakej umrah ditangani dengan lebih telus. - BERNAMA