Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kadar simpanan elektrik negara melebihi 20%

KUALA LUMPUR 30 Mac – Kadar simpanan elektrik bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sehingga kini berada pada paras selamat iaitu melebihi 20 peratus.

Maximus Ongkili
Maximus Ongkili

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, mengikut perangkaan semasa kadar simpanan elektrik bagi Semenanjung Malaysia adalah 28 peratus, Sabah (38 peratus) dan Sarawak (27 peratus).

Katanya, kadar simpanan itu disokong campuran bahan api merangkumi gas sebanyak 46 peratus, arang batu (33 peratus), diesel dan bahan api pertengahan (dua peratus) dan tenaga boleh diperbaharui (19 peratus).

“Kerajaan menggariskan pe­rancangan pembangunan loji jana kuasa baharu bagi memastikan bekalan elektrik yang mencukupi untuk memenuhi permintaan tenaga negara.

“Sehubungan itu, kerajaan menetapkan kadar simpanan elektrik tidak kurang daripada 20 peratus,” katanya menjawab soalan Dr. Che Rosli Che Mat (Pas-Hulu Langat) di Dewan Rakyat, hari ini.

Che Rosli meminta kerajaan menyatakan keperluan sebenar tenaga negara, selain kemam­puan tenaga boleh diperbaharui untuk menampung kadar permintaan bekalan elektrik di seluruh negara.

Ongkili menam­bah, pembe­kalan tenaga jangka pan­jang iaitu untuk tempoh 15 tahun akan datang ditentukan mengikut pola perubahan permintaan semasa dan dasar campuran tenaga.

“Memandang­kan penekanan kepada penggu­naan tenaga bersih dan tenaga boleh diperbaharui selari matlamat mengurangkan kadar pelepasan karbon, peluang untuk menggunakan penjanaan nuklear perlu penelitian yang lebih mendalam,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain