RONALD KIANDEE
RONALD KIANDEE

Enam ahli jawatankuasa yang dilantik ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta Tan Sri Muhyiddin Yassin (PH-Pagoh), Mohamad Sabu (PH-Kota Raja); Ignatius Darell Leiking (Warisan-Penampang), Tan Kok Wai (PH-Cheras) dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk).

Penubuhan jawatankuasa itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Rashid berkata, Ahmad Zahid telah mengemukakan surat untuk menolak pelantikannya semalam bagi digantikan dengan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang).

Walau bagaimanapun katanya, perkara itu didapati tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 26, 27 dan 30 (3) iaitu yang mengkehendaki usul dikemukakan bersama satu notis.

“Justeru, saya tidak membenarkan ia dibangkitkan di dalam dewan ini,” katanya.

Selain penubuhan Jawatankuasa Pemilih, Vui Keong turut mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (BN-Beluran) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) manakala Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) sebagai timbalannya.