Perkara itu dibangkitkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) kerana tidak berpuas hati selepas soalan mereka mengenai isu tersebut ditolak kerana bersifat sangkaan.

Walau bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said menjelaskan, sebab penolakan itu kerana faktor subjudis mengikut peraturan mesyuarat.

“Saya dah dengar semua, saya dah bagi peluang kepada semua yang tak berpuas hati untuk beri penjelasan.

“Sila rujuk Peraturan Mesyuarat 99, kalau kita tidak puas hati dengan keputusan Yang Berhormat Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat).

Keputusan Speaker adalah muktamad, kalau tidak puas hati boleh buat usul persendirian,” katanya.

Sebelum itu, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabata­ngan) bangun mencelah dengan menyatakan bahawa soalannya mengenai tindakan Lim Guan Eng (DAP- Bagan) boleh membeli rumah banglo di bawah harga pasaran turut ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Soalan saya pun kena tolak tetapi saya lihat bahawa keputusan Speaker adalah mukta­mad, saya diam, kita ikut peraturan,” katanya.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) turut menyokong dan meminta Ahli Parlimen pembangkang perlu menjawab terlebih dahulu berhubung tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang membeli rumah banglo dan tanah di bawah harga pasaran.