Tegasnya, beliau telah memohon maaf dan menarik balik perkataan itu selepas diberi amaran oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan keputusan dibuat tiada tindakan lanjut dikenakan terhadapnya.

“Saya janggal sekali di Dewan Rakyat hari ini sebab kerajaan PH sendiri tidak mengiktiraf keputusan Yang Dipertua, apabila cuba mengatasi peraturan yang ditetapkan Mohamad Ariff.

“Tidak boleh sewenang-wenangnya sebuah kerajaan atau pihak mana-mana pun melanggar keputusan Yang Dipertua sehingga tidak menampakkan integriti Dewan Rakyat itu sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin akan membentangkan usul merujuk Bung kepada Jawatankuasa Khas dan Kebebasan Parlimen hari ini.

Bung Moktar dijangka berdepan tindakan penggantungan enam bulan kerana mengeluarkan perkataan lucah kepada Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) ketika perbahasan Rang Undang-undang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018. - UTUSAN ONLINE