Sebaliknya, beliau berpandangan sebarang pindaan yang ingin dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) semestinya membawa penambahbaikan berbanding apa yang telah dilakukan sebelum ini.

Tegas beliau, sekiranya timbul banyak ketidaktentuan dalam perkara itu, maka ia boleh menjejaskan keyakinan pasaran kepada ekonomi negara.

“Saya tidak pasti apa nak dilakukan oleh kerajaan baharu ini tetapi saya cuma boleh jelaskan bahawa MEB kita adalah sesuatu yang telah pun membawa perubahan kepada ekonomi Malaysia.

“Antara pengiktirafannya adalah Forum Ekonomi Dunia (WEF) meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-23 paling kompetitif di dunia dan mengikut andaian Bank Dunia, Malaysia berada di ambang yang boleh diiktiraf sebagai negara ekonomi maju dalam beberapa tahun lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menerusi jawapan bertulis terhadap soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneliti semula dasar-dasar utama negara termasuk MEB. – UTUSAN ONLINE