Jelasnya, isu-isu seperti meratifikasi ICERD adalah perkara sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan.

“Itu sebab ahli-ahli politik kalau teringin hendak menjadi menteri pada masa akan datang, jangan buat kenyataan-kenyataan yang merugikan rakyat dan negara.

“Kita tidak akan sebut lagi perkara ini (ratifikasi ICERD) sehingga hari kiamat,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa Kementerian Luar di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau pada masa sama menjelaskan, perhimpunan membantah ICERD di ibu negara pada 8 Disember ini bertujuan menzahirkan kesyukuran kerana kerajaan tidak meratifikasi konvensyen tersebut, bukannya untuk mencetuskan kekecohan. - UTUSAN ONLINE