Persoalan itu disuarakan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) ketika membahaskan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad mempertikaikan keputusan kerajaan itu kerana tiga jambatan di kawasan Parlimen beliau yang telah diluluskan untuk dibina dan dibaiki telah diberhentikan.

"Satu kosnya RM1.5 juta, satu lagi RM1. 6 juta, dua-dua itu diberhentikan pembinaannya. Ini apa punya kerajaan?

"Keutamaan kepada Johor ialah perumahan, kesihatan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bukan jambatan bengkok. Bina juga jambatan rakyat," kata beliau. - UTUSAN ONLINE