Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.Gambar FAUZI BAHARUDIN Pemberita Azman (Meja Am) / Yunus (Am Kosmo!)

Menurut menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, ja­gung merupakan bidang yang perlu dibangunkan kerana buat masa ini aspek makanan haiwan diimport hampir 100 peratus dari luar negara melibatkan jagung dan kacang soya.

“Malah, sehingga sekarang, kita mengimport sebanyak tiga juta tan metrik dengan nilai RM3 bilion setahun dan sekiranya kita dapat mencapai 20 peratus daripada jumlah itu, kita mampu mewujudkan keupayaan baharu sebanyak RM600 juta dalam kalangan petani,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbakalan 2017 kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha meningkatkan penghasilan produk berunsurkan agro makanan untuk tujuan eksport yang mampu membantu mengurangkan defisit perdagangan negara.

Ahmad Shabery berkata, pada masa ini, Malaysia mengeksport sebanyak RM27 bilion hasil yang dikaitkan dengan produk agro makanan negara.

Beliau berkata, antara bidang agro makanan yang boleh diberikan penekanan ialah perikanan, ayam serta bidang baharu seperti buah durian.

“Permintaan terhadap buah durian kita semakin bertambah khususnya dari China dan kita sedang berusaha untuk mengeksport semua jenis durian agar permintaan bertambah dan pendapatan para petani meningkat.

“Sebagai contohnya, durian Musang King yang dipasarkan di Hong Kong harganya telah mencecah HK$400 (RM200) untuk satu kilogram dan itu masih tidak mencukupi,” katanya.