Khairy Jamaluddin

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, ia hanya akan dikeluarkan apabila jawatankuasa pengelola mene­rima senarai penuh penyertaan daripada negara-negara peserta.

“Jawatankuasa pengelola temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 telah memainkan peranan pen­ting da­­lam menyediakan cadangan awal jadual pertandingan dengan me­ngambil kira penyertaan dan sasaran pingat atlet-atlet negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Shahanim Mohamad berhubung persediaan atlet negara menghadapi temasya sukan itu dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Khairy menjelaskan, jawatankuasa itu juga telah berme­syuarat sebanyak lima kali bagi memantau pelaksanaan 18 jawatankuasa kecil yang diberikan tugas dan peranan penting dalam merealisasikan penganjuran yang terbaik bagi kejohanan itu.

Katanya, adalah amat mencabar untuk memastikan pencapaian lebih baik berbanding pe­nganjuran negara pada tahun 2001.

Menurut Khairy, sebanyak 38 jenis sukan dipertandingkan melibatkan 405 acara setelah senarai tersebut diluluskan semasa Mesyuarat Persekutuan Sukan SEA yang diadakan pada 13 Julai lalu di ibu negara.

Malaysia akan menjadi tuan rumah dalam Sukan SEA ke-29 dari 19 hingga 31 Ogos tahun depan manakala Sukan Para ASEAN (17 hingga 23 September).