NUR JAZLAN MOHAMED

Timbalan Menteri Dalam Ne­geri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, beliau arif mengenai isu pembelian perabot berkenaan kerana mengepalai sendiri siasatan ke atas kes tersebut, ketika masih bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Bagaimanapun, katanya, pi­hak bertanggungjawab dalam isu berkenaan telah diambil tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri selaras de­ngan gesaan PAC selepas siasatan terperinci dilakukan kementerian itu.

“Bukan penyele­wengan tapi tidak ikut prosedur kewangan. Isunya ialah pem­belian (dibuat) sebelum tutup tempoh pembelian tahunan, bila baki belanjawan ada lagi, pembelian itu dibuat pada hujung tahun dan invois dikeluarkan dulu, tapi penghantaran dibuat selepas tempoh cut off (tutup) akaun.

“Jadi tidak timbul soal penyelewengan, cuma prosedur kewangan yang tidak dipatuhi. Sepatutnya beli sebelum tempoh akaun tutup dan barang itu juga dihantar sebelum tempoh akaun tutup,” katanya ketika menggulung sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

PAC dalam laporannya memaklumkan wujud pembayaran tidak wa­jar dan penggunaan dokumen pal­su dalam perolehan perabot projek pembinaan semula kem itu selain mengesyorkan tindakan tatater­tib dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Gesaan itu segera disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri bahawa pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pihak yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan.

Dalam perkembangan berasingan, Nur Jazlan berkata, seramai 300 warga Rohingya yang mendapatkan perlindungan di­ negara ini akan dibenarkan be­kerja di sektor perladangan dan pembinaan di bawah projek pe­rintis bagi membantu mereka.