Beliau berkata, isu berkenaan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat ditangani.

“Tiada apa di dunia ini yang tidak boleh diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Advokasi Ahli Parlimen di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Yang turut hadir pada program itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell dan Pengerusi Westmintser Foundation United Kingdom, Hugh Bailey.

Seramai 40 ahli Parlimen serta senator hadir dalam program selama dua hari berkenaan. - UTUSAN ONLINE