Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan menggunakan Indeks Syariah Malaysia bagi menilai pelaksanaan maqasid syariah dalam pentadbirannya.

“Mungkin ramai yang mendakwa mereka telah melakukan kebaikan dalam negara mahupun negeri masing-masing namun apakah buktinya?

“Jadi, dengan Indeks Syariah Malaysia, kita mengukur kementerian yang melaksanakan hal-hal berkaitan dengan menggunakan pendekatan prinsip wasatiyyah,” katanya pada sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang meminta kerajaan menyatakan sejauh manakah keberkesanan prinsip wasatiyyah yang dilaksanakan berikutan dua isu tersebut. – UTUSAN ONLINE