Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

IPT, sekolah ada kaedah sendiri rancang cuti

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR 5 April – Cuti persekolahan tidak boleh dise­ragamkan dengan cuti institusi pengajian tinggi (IPT) kerana IPT mempunyai autonomi dalam merancang kalendar akademik mereka manakala cuti sekolah tertakluk kepada peraturan-pe­raturan pendidikan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, di bawah peraturan pendidikan, cuti sekolah kerajaan hendaklah tidak kurang 190 hari setahun dan melibatkan penggal, hari dan cuti sekolah.
Beliau menyatakan demi­kian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) mengenai manfaat cuti antara pelajar peringkat sekolah, diploma dan ijazah tidak diadakan se­rentak.
 Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata, kementerian sedang melaksanakan semakan kurikulum bagi semua mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam dengan memasukkan elemen pengukuhan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Imam Shafie yang berteraskan konsep wasatiyah.
 Katanya, Kurikulum Stan­dard Sekolah Rendah (Semakan 2017) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dilaksanakan bermula murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1 pada tahun ini.
“Kurikulum Pendidikan Islam yang dibina adalah bertujuan memenuhi keperluan pendidikan Islam lengkap, menyeluruh dan bersepadu kepada semua murid sekolah,” katanya.
Terdapat enam bidang pem­belajaran dalam Kurikulum Pendidikan Islam iaitu al-Quran, Akidah, Fiqah, Sirah, Tamadun Islam dan Akhlak.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain