Menurut beliau, sama ada berada di pihak kerajaan atau pembangkang, prestasi kehadiran dan sesi perbahasan di Parlimen harus diberi keutamaan.

“Saya tidak memihak kepada sesiapa malah saya dan rakan-rakan lain pernah berada dalam pembangkang. Biar sesibuk mana pun sesi ini perlu dihormati. Seorang ketua majlis iaitu Perdana Menteri pun mengambil peduli dengan menjawab soalan pertama Ketua Pembangkang.

“Dalam perkara ini, saya fikir ketua majlis betul dalam memberikan komen dan perkara itu hendaklah diperbaiki oleh mereka sebelum kami mengambil alih,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE