Sehubungan itu, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PH-Tanah Merah) mengingatkan semua ahli Dewan Rakyat supaya melindungi negara ini daripada disemarakkan dengan sentimen kebencian dalam usaha meraih kuasa politik.

“Tidak perlu kita menjadikan sentimen perkauman atau agama sebagai modal meraih sokongan kerana ia ibarat memasang bom jangka yang akhirnya boleh meletakkan Malaysia sebagai negara yang kita cintai ini berada di kedudukan ‘yang menang jadi arang, kalah jadi abu’,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE