Langkah itu yang juga bertujuan mengelak monopoli pihak tertentu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.

Beliau berkata, penyertaan syarikat peruncitan yang berkaliber dan mempunyai kewangan kukuh

CHONG CHIENG JEN
CHONG CHIENG JEN 

juga akan ditambah dari semasa ke semasa.

“Selain itu, pen­jua­lan barangan yang murah tidak lagi diutamakan di bawah inisiatif ini, namun begitu apa yang dipromosikan adalah bara­ngan yang dijual pada harga berpatutan dengan menggunakan jenama barangan itu sendiri,” katanya menjawab soalan S. Kesavan (PH-Sungai Siput) mengenai langkah diambil kerajaan ba­gi mencapai objektif penubuhan rangkaian kedai KR1M pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Chieng Jen berkata, kementerian akan mengadakan proses perundingan dan mengambil kira pandangan serta maklum balas daripada pelbagai pihak bagi menentukan barangan yang bakal ditawarkan dalam inisiatif baharu itu.

Menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) berhubung sama ada inisiatif baharu KR1M itu menyimpang daripada matlamat asal untuk menawarkan harga barangan yang murah, Chong berkata, berdasarkan maklum balas awam, barangan dijual KR1M sebelum ini tidak murah selain tidak bermutu.

“Ini aduan yang kita terima dan kita memandang bahawa harga barang adalah ditentukan oleh kuasa pasaran, kita tidak boleh mengganggunya terlalu banyak dalam penentuan harga,” katanya.

Operasi KR1M ditutup sepenuhnya pada 30 Oktober 2017, namun program itu dijenamakan semula sebagai KR1M 2.0 pada Februari lalu. – BERNAMA