Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkata, ini kerana kerajaan tidak akan mengganggu perkara yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah, katanya, kerajaan pada waktu ini akan mengambil kira setiap pendirian, pendapat dan cadangan daripada semua pihak.

“Sekiranya ICERD perlu diratifikasi, maka, pendirian, pendapat dan cadangan dari semua pihak akan diambil kira. Kita akan bertemu masyarakat awam, semua wakil kerajaan dan pembangkang.

“Hanya selepas itu, akan diambil tindakan sewajarnya dari kerajaan,“ katanya ketika menggulung perbahasan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE