Amaran itu dizahirkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan, mudah bagi parti itu mengerah jutaan rakyat ke jalan raya untuk membantah pengiktirafan konvensyen antarabangsa itu.

Abdul Hadi (Pas - Marang) menyifatkan ICERD sebagai konvensyen yang bersifat tidak adil kepada Islam dan bumiputera.

"Pas menentang sekeras-kerasnya ICERD. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan sudah cukup untuk beri hak keadilan, hak asasi kepada semua kaum.

"Keadaan yang tiada pencapaian sewajarnya kepada bumiputera dalam ekonomi dan pendidikan walau jumlah mereka paling besar tetapi masih ketinggalan. Begitu juga hak Islam yang masih banyak belum ditunaikan walau sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan, malah hendak dihapuskan kononnya hak asasi yang adil dan saksama, "kata beliau.

Abdul Hadi berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE