Beliau yang juga Pengerusi Biro Pendidikan UMNO mengangkat sumpah di hadapan yang Dipertua Dewan Negara,Tan Sri S.A Vigneswaran.

Pelantikan Ibrahim, 69, atas perkenan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara ialah Pengerusi MCA Bahagian Pagoh, Johor, Datuk Lim Pay Hen.

Pay Hen,60, dipilih untuk menjadi Ahli Dewan Negara berdasarkan persetujuan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Seorang lagi yang baharu dipilih, Dr. Nuing Jeluing,65, turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara setelah dipilih oleh DUN Sarawak.

Ketiga-tiga mereka yang dilantik akan berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara dalam tempoh tiga tahun. -UTUSAN ONLINE