Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hutang 1MDB bukan hutang kerajaan

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Hutang syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB) dan projek-projek yang berkaitan dengannya tidak diklasifikasikan sebagai hutang Kerajaan Persekutuan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu, oleh itu, hutang 1MDB dan projek yang berkaitan dengannya tidak me­nyumbang kepada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu, ke­dudukan terkini jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 53.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Katanya, daripada jumlah ber­­kenaan, 95.9 peratus atau RM628.8 bilion adalah hutang domestik iaitu bersamaan de­ngan 51 peratus KDNK.

“Sementara itu, 4.1 peratus lagi atau RM26.9 bilion iaitu bersamaan 2.2 peratus daripada KDNK merupakan pinjaman luar pesisir.

“Kedudukan hutang Keraja­an Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai nega­ra keberhutangan sederhana,” katanya bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam sesi Soalan Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Teresa dalam soalannya memin­ta Kementerian Kewangan menyatakan hutang negara berbanding dengan KDNK pada 30 September 2015 dan 30 September 2016, serta nyatakan jumlah hutang yang disumbangkan oleh syarikat dan projek berkaitan 1MDB.

Menurut kenyataan itu lagi, jika dibandingkan pada Jun 2015, hutang Kerajaan Persekutuaan adalah sebanyak RM627.5 bilion atau 54.2 peratus daripada KDNK.

Katanya, kementerian akan mengeluarkan data mengenai hu­tang Kerajaan Persekutuan bagi bulan September 2016 melalui Laporan Ekonomi Suku Tahunan Ketiga 2016 yang akan diterbitkan pada bulan November ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain