Dr. Hilmi Yahya

Timbalan Menteri Ke­sihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, pihaknya mendapati berlaku aliran peningkatan harga ubat-ubatan dalam perkhidmatan swasta.
 “Kementerian telah mela­kukan kajian sampel terhadap 244 jenis ubat dan mendapati 83 daripadanya mengalami peningkatan harga.
 “Sebanyak 131 jenis ubat pula menunjukkan penurunan harga, manakala harga 31 lagi ubat kekal,” katanya.

Be­liau berkata demikian ketika menja­wab soalan G. Manivannan (PKR-Kapar) mengenai mekanisme yang diambil kerajaan bagi mengawal harga ubat dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
 Jelas Hilmi, kajian sampel itu dibuat me­nerusi perkongsian bila­ngan maklumat harga ubat-ubatan sedia ada dalam senarai harga panduan pengguna.
 Menurutnya, selain itu kementerian turut mewujudkan pangkalan data untuk rujukan pengguna bagi sebahagian jenis ubat menerusi Bahagian Farmasi.
 “Kementerian tidak akan beli ubat sewenang-wenangnya. Kita mengetahui ubat dari luar negara mempunyai kelas-kelas tertentu seperti kelas 1, kelas 2, kelas 3.
 “Atas sebab itu, Kementerian Kesihatan sentiasa memantau kualiti ubat yang dibeli terutama yang diimport dari luar negara selain menyemak dan menilai kualiti ubat-ubatan terlebih dulu sebelum membeli,” katanya.