Teresa Kok
TERESA KOK

Jelas Menteri Industri Utama, Teresa Kok, beliau yakin semua rakannya dalam Kabinet telah melakukan yang terbaik dalam menunaikan tanggungjawab seperti yang diamanahkan.

“Dr. Mahathir mungkin ada harapan yang lebih tinggi, jadi kita kena berusaha dengan bersungguh-sungguh lagi,” katanya yang juga Naib Pengerusi DAP kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH membalas kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar bahawa beliau juga kecewa dengan prestasi PH.

Dalam nada yang sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, tanda aras

STEVEN Sim Chee Keong
STEVEN SIM CHEE KEONG 

yang diletakkan Dr. Mahathir itu akan menggalakkan barisan Kabinet PH bekerja dengan keras.

Walau bagaimanapun Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang itu berkata, barisan PH baharu 10 bulan mengambil alih kepemimpinan kerajaan lalu.

“Dr. Mahathir telah meletakkan satu harapan yang tinggi seperti mana semua rakyat Malaysia. Saya rasa jangkaan itu membolehkan kami semua bekerja keras untuk mencapai prestasi lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, kekecewaan Dr. Mahathir itu untuk mengingatkan barisan Kabinet PH supaya tidak terlalu selesa sebaliknya terus bekerja mencapai sesuatu yang lebih baik.

MAHFUZ OMAR
MAHFUZ OMAR 

“Sifat kita sebagai manusia untuk tidak berpuas hati dengan apa yang kita capai kerana ia tidak memberikan kita motivasi untuk mencapai sesuatu yang lebih membanggakan,” katanya yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah). - UTUSAN ONLINE