IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ

Datuk Seri Ikmal Hi­sham Abdul Aziz (BN-Ta­nah Merah) berkata, walau bagaimanapun, caj tersebut boleh te­rus dikekalkan kepa­da pe­minjam yang degil membayar.

Menurutnya, beliau ya­kin ti­dak timbul sebarang isu kepada PTPTN untuk menghapuskannya ke­rana institusi tersebut di­wujudkan bukan untuk meraih keuntungan, seba­liknya membantu meri­ngan­­kan pembiayaan pen­­didikan pelajar di ins­ti­­tusi pengajian tinggi (IPT).

“Baru-baru ini seo­rang doktor perubatan memberi­tahu sebuah portal berita bahawa dia telah membayar RM350 sebulan kepada PTPTN selama 10 tahun sejak ke­luar universiti tetapi masih belum dapat men­yelesaikan hutang yang kini mence­cah RM34,000.

“Justeru, adalah wajar PTPTN menghapuskan caj pentadbiran ba­gi membolehkan lebih ramai generasi muda yang juga peminjam lebih bersemangat untuk melunaskan hutang ma­sing-masing,” kata­nya ketika membahaskan Rang Undang-undang Per­bekalan (2018) di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam perkemba­ngan sama, Ikmal Hisham memberitahu, PTPTN juga digesa mengkaji se­mula mekanisme pemberian pinjaman kerana terdapat sesetengah peminjam tidak layak berjaya menikmatinya sedangkan yang amat memerlukan terpinggir.

“Contohya, baru-baru ini tular di media sosial tentang seorang anak pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan menunjukkan wang PTPTN yang diterimanya. Kalau diikutkan kepada pekerjaan dan perolehan pendapatan ibu bapanya, pelajar itu tidak layak.

“Akibatnya kerajaan khu­sus­­nya PTPTN telah dikecam dan dituduh berat sebe­lah serta pilih kasih dalam mem­beri pinjaman,” katanya.