Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff berkata, mereka tidak sepatutnya memperjudikan masa depan negara dengan melakukan perbuatan yang tidak memberi manfaat di hadapan generasi muda.

“Kejadian ini berlaku di Pulau Pinang, malah Ketua Menteri negeri itu sendiri yang menyanyikan lagu mempersendakan dasar kerajaan.

“Saya ingin tahu apa undang-undang atau penguatkuasaan yang boleh diambil terhadap pihak yang cuba melakukan tindakan demikian,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk menggubal satu dasar baharu yang mewajibkan pelajar sekolah menengah yang mempunyai masalah disiplin ditempatkan di asrama.

Kata beliau, tindakan itu berupaya mengekang golongan itu daripada terus terlibat dalam masalah sosial. – UTUSAN ONLINE