Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Mohd. Irwan perlu menjelaskan perkara itu sekiranya diketahuinya.

“Kalau Mohd. Irwan begitu pasti, maka beliau perlu menjelaskan di mana wang RM19.5 bilion itu. Ia tiada, jika ada, sudah tentu kita mempunyai pembayaran balik.

“Sekiranya Mohd. Irwan masih mendakwa ada wang di situ, maka kami mahu beliau maklumkan kepada kita di mana wang itu telah disembunyikan, mungkin beliau mengetahui sesuatu yang kami tidak tahu, mungkin juga beliau menyembunyikan wang itu semasa menjadi Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu, itu sahaja yang kami mahu tahu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari in.

Hari ini, Mohd. Irwan mendakwa tidak berlaku kehilangan wang daripada tabung amanah bayaran balik GST kerana kesemua kutipan perlu dimasukkan dahulu ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan. - UTUSAN ONLINE