Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, kepemimpinan Barisan Nasional (BN) tidak boleh menerima tuduhan Guan Eng dalam sidang Dewan Rakyat semalam kerana Ahli Parlimen Bagan itu gagal memberi jawapan secara tepat.


“Kalau betul berlaku penyelewengan, tak dipulangkan wang GST peniaga, maka siapa yang membuat keputusan mesti di bawa ke muka pengadilan.


“BN tidak boleh menerima apabila kami dituduh merompak RM19.4 bilion wang pembayar cukai GST,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE