Demi keadilan kepada rak­yat, kerajaan mahu memastikan mereka terlibat dalam syarikat itu yang berhutang sehingga le­bih RM42 bilion dibawa ke muka pengadilan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membayangkan beliau berdepan tentangan pihak pembangkang

LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG 

yang kini masih menafikan berlaku masalah berkaitan syarikat tersebut.

“Jika pembangkang tidak mahu akui ini, saya rasa tidak menjalankan tanggungjawab dan tidak menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen kepada rakyat Malaysia

“Apa yang berlaku adalah skandal maha besar yang masih ada mereka yang enggan mengakuinya. Baik di mahkamah dan Dewan Rakyat, kita akan mencari sehingga ke lubang cacing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini semasa menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (BN-Beluran) yang bertanyakan mengenai pengaliran keluar wang haram di Malaysia.

Ketika bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Guan Eng mempersoalkan akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan dua hari lebih awal berhubung arahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meminda laporan asal 1MDB.

“Saya pun terkejut macam mana Utusan tahu. Adakah Utusan akan ditanya mana mereka tahu dan wajar atau tidak menyiar­kan perkara itu jauh lebih awal.

“Saya rasa kena seimbanglah kerana dalam hal ini apa yang penting adalah rakyat berhak untuk mengetahui perkara sebenar,” katanya.

Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan Najib didakwa mengarahkan laporan asal 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara semasa itu, Tan Sri Ambrin Buang dipinda.

Sumber berkata, pindaan itu difahamkan dibuat bagi me­nge­luarkan maklumat pemba­bitan Najib dan ahli pernia­gaan, Jho Taek Low (Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.